Kalkulator Zakat

Kewajipan Menunaikan Zakat Emas Dan Perak
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”
Riwayat Muslim

 

SYARAT WAJIB ZAKAT
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:

1. ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.

2. MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

3. SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

4. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

5. CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

6. CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Sumber: Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)


Antara pengiraan zakat negeri-negeri di Malaysia:

Trengganu Kalkulator
Selangor Kalkulator
Kedah Kalkulator
Negeri Sembilan Kalkulator
Pahang Kalkulator
Perak Kalkulator
Johor Kalkulator
Kelantan Kalkulator
W. Persekutuan Kalkulator
Melaka Kalkulator
Sabah Kalkulator
Serawak Kalkulator

Shoping Cart

Your Cart is currently empty.